Ice Breaking 🧊

     Hai! Yana merupakan ANSARA 2020 di MRSM Tun Dr. Ismail, Pontian. ANSARA bermaksud Anak Sains MARA yang biasa orang panggil alumni / bekas pelajar sesebuah sekolah.

    Yana tetiba terasa nak buat blog ni untuk kongsi kehidupan Yana di MRSM TDI ni khas untuk sesiapa yang tengah survey nak masuk asrama bagi pelajar yang baru habis UPSR. Mungkin blog ni dapat membantu korang😋

Program MYP IB Di MRSM TDI

    Untuk MRSM TDI ni, perlu mengambil Program MYP IB daripada form 1 sampai form 5. Basically, program ni membentuk pelajar untuk bersedia hadapi kehidupan di universiti. Just bagi gambaran ringkas je  tentang program ni.

    Yana juga ada video yang boleh korang tengok kawasan kat MRSM TDI ni. So, korang dapatlah gambaran awal suasana maktab ni. Video ni juga dibuat oleh salah seorang ANSARA 2020. So, harap korang boleh subscribe sekali ye Youtube channel dia😄


CLASS🏫

MRSM TDI ni gunakan nama universiti. Setiap form akan ada 5 kelas (Cambridge, Harvard, Oxford, Sheffield dan Yale).

     Kebiasannya kelas ni akan ada aktivitinya yang dah ditetapkan masa minggu aktiviti. Minggu aktiviti ni memang akan diadakan untuk setiap sem (setahun ada 2 sem). 

    Jadi lepas solat isyak biasanya, prep akan start daripada pukul 9 malam sampai pukul 11 malam. Masa ni lah digunakan untuk siapkan homework, assessment dan revise untuk exam.

Classmate Yana selama 2 tahun untuk form 4 dan form 5 (Harvard)😢
*Gambar masa lower tak bolehlah expose malu yek😂


ASRAMA👌

     Kalau dekat MRSM TDI ni, asramanya tak ikut secara sistem dorm tau. Maktab ni ikut sistem bilik je. Setiap bilik ada 4 orang je.

   Tipulah kalau takde satu pun perkara yang best pernah berlaku. Masa gaduh pun boleh jadi kenangan manis bila dah tinggalkan sekolah ni nanti.

Suasana bilik Yana sebelum tinggalkan bilik untuk tahun terakhir Yana kat asrama 😢

       Setiap pagi, memang akan ada orang yang kejutkan dengan bunyikan siren supaya solat subuh secara berjemaah di surau. Kalau terlajak tidur tu habislah nanti kena denda dengan ustaz...hihihih😁

HOMEROOM😋

    Dekat setiap MRSM memang akan ada sistem keluarga angkat yang dipanggil sistem 'Homeroom'. Jadi akan ada satu cikgu yang akan jaga korang.

    Setiap form akan ada 10 homeroom. Jadi daripada form 1 sampailah korang form 5, korang akan bersama. Dalam setiap homeroom akan ada 15 orang. 

    Kalau Yana dulu dapat homeroom nama Topaz, so kalau korang form 1, korang akan dikira Topaz 1. Homeroom ni juga memudahkan urusan dengan ibu bapa. So, ibu bapa still dapat tahu perkembangan korang melalui cikgu homeroom😁.

     Homeroom ni banyak membantu Yana untuk bina communication skill dengan softskill tau... Banyak je kenangan dengan homeroom ni since banyak aktiviti melibatkan untuk grouping secara homeroom.



                                                     

        Jadi sampai sini sahaja yang Yana ceritakan..Inshaallah Yana akan upload lagi kisah Yana kata MRSM TDI...Harapnya blog ni dapat membantu dan menghiburkan hati kepada yang membaca blog ni. 
Sekian, Followlah twitter Yana kalau ada sebarang pertanyaan😊😉








    
    








Comments

  1. Hye Yana, I already read your blog. It is nice to know your journey in TDI. Semoga penulisan ni dapat membantu dan memberi manfaat kepada orang lain. Good luck

    ReplyDelete
  2. WE R NEW STUDENT HEHE #BATCH10

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh dah degree dah saya huhu, enjoy ur life in mrsm tdi..

      Delete
  3. HI akak yaya.. we may not know each other hihi .. banyak dh changes tht happened throughtout the years. Sekarang ds dh x pakai alas meja , ada vending machines n coffe maker around maktab.. plus ada washing machine auto hehe kat asrama anddd ramai cikgu dah pindah..mcm Cikgu Hamid dh bersara, Cikgu Aziah dah pindah and minggu ni last for Cikgu Nizam and Cikgu Suhaila..); IB dah stop 3 tahun lepas (sumpah sedih) maktab sekarang dh premier, and my batch stuck in between ib n premier which mean only for our batch we cant pergi apply maktab bitara etc..mann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAHUN NI BANYAK CIKGU II PINDAH ):

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog